Pengurusan jenazah Covid-19 makin menurun

Zainal (berdiri, empat dari kiri) semasa merasmikan Program Satu Rumah Satu Alat Pemadam Api (1RAPI) di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lubok Stol, Rantau Panjang pada Selasa.
Zainal (berdiri, empat dari kiri) semasa merasmikan Program Satu Rumah Satu Alat Pemadam Api (1RAPI) di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lubok Stol, Rantau Panjang pada Selasa.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pengurusan jenazah Covid-19 yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menunjukkan penurunan.

Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata, penurunan pengurusan jenazah itu dilihat berlaku sejak rakyat negeri ini melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 apabila mereka hanya menguruskan sekitar satu tingga tiga jenazah sehari.

"Sebelum ini, JBPM Kelantan menerusi Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) menguruskan antara enam hingga sembilan kes jenazah berkait kematian Covid-19 setiap hari," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Satu Rumah Satu Alat Pemadam Api (1RAPI) di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lubok Stol, di sini pada Selasa.

Menurutnya, penugasan Hazmat itu turut dibantu oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat di mana jenazah tersebut disemadikan.

Beliau berkata, kerjasama itu membantu melancarkan lagi urusan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 yang perlu diuruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Zainal berkata, sejak Mac 2020 hingga Selasa, pihaknya sudah menguruskan seramai 1,762 pesakit Covid-19 di seluruh negeri yang meninggal dunia akibat jangkitan tersebut.

"Pengurusan jenazah paling tinggi akibat Covid-19 di negeri ini ialah di jajahan Pasir Puteh melibatkan seramai 413 orang diikuti Kota Bharu (399) dan Pasir Mas (286)," katanya.

Artikel Berkaitan: