Dasar baharu pelesenan arak dibatalkan

Wee Ka Siong
Wee Ka Siong
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan bahawa Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah diarahkan untuk membatalkan dasar baharu pelesenan arak untuk restoran dan kedai kopi.

Ka Siong dalam siaran di Facebooknya pada Selasa berkata, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan bahawa kementeriannya telah mengarahkan pembatalan tersebut.

Pada Isnin, media melaporkan bahawa restoran dan kedai kopi yang menjual bir dikehendaki memohon lesen baharu bermula 1 Januari.

Menurut Presiden Persatuan Kedai Kopi Petaling Jaya, Keu Kok Meng, dia dimaklumkan bahawa kedai kopi perlu memohon lesen baharu bermula 1 Januari tahun depan setelah menghadiri taklimat kastam pada November lalu.

Ujarnya, yuran lesen tahunan menjual arak itu telah ditetapkan antara RM840 hingga RM1,320 serta ia dikenakan kepada perniagaan bergantung pada waktu operasi mereka.

Artikel Berkaitan: