4,573kg minyak masak cuba diseludup ke negara jiran dirampas

Pengarah KPDNHEPKelantan, Adnan Abd Rahman (tiga dari kiri) memantau harga sayur-sayuran pada Program Walkabout Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia KPDNHEP Kelantan di RTC Tunjong, Kota Bharu.
Pengarah KPDNHEPKelantan, Adnan Abd Rahman (tiga dari kiri) memantau harga sayur-sayuran pada Program Walkabout Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia KPDNHEP Kelantan di RTC Tunjong, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas 4,573 kilogram (kg) minyak masak bernilai lebih RM11,000 yang cuba diseludup ke negara jiran pada tiga serbuan berasingan dalam tempoh seminggu ini.

Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, serbuan dan rampasan itu dilakukan di Tumpat, Machang dan terbaharu pada Isnin di Kampung Bukit Nangka, Bukit Bunga, Tanah Merah.

“Dalam operasi itu, kami merampas 1,700kg minyak masak, 120 liter minyak petrol dan sebuah kereta jenis Proton Wira dengan nilai keseluruhan RM7,500.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang termasuk dituduh di mahkamah,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Beliau berkata demikian selepas Program Walkabout Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia KPDNHEP Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini.

Tambah Adnan, walaupun tindakan penguatkuasaan kerap dijalankan, namun penyeludup masih berani menyeludup barangan kawalan dan bersubsidi ke negara jiran menerusi pangkalan haram untuk mendapat keuntungan yang tinggi.

“Selain minyak masak mereka juga menyeludup minyak petrol bagi memperoleh untung berlipat ganda.

“Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa agar gejala ini dapat dicegah bagi mengelak kerugian kepada negara,” katanya.

Artikel Berkaitan: