X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

JKM bantu keluarga empat beradik tercicir persekolahan

Laporan Sinar Premium. Gambar kecil: SAID SIDUP
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu keluarga empat beradik yang tercicir persekolahan akibat kesempitan hidup berikutan bapa mereka menghidap penyakit gout kronik di Kampung Bukit Pak Junoh, Rantau Panjang.

Pengarah JKM Kelantan, Said Sidup berkata, pihaknya telah mengarahkan pegawai JKM Pasir Mas untuk melakukan penilaian kategori bantuan yang layak diterima oleh keluarga Sharir Mat Ya, 59.

“Saya sudah arahkan pegawai dari JKM daerah Pasir Mas untuk menyiasat kes ini.

“Pihak JKM akan bantu mereka mengikut kategori yang patut dibantu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kebajikan Sanggar Suri Malaysia (Sanggar Suri) turut turun padang menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan makanan kepada keluarga berkenaan.

Bantuan berkenaan disampaikan wakil Sanggar Suri Pasir Mas/Rantau Panjang, Haris Mahmud.

Haris berkata, keadaan dialami keluarga itu sudah dalam pemerhatian pihaknya.

“Kami akan terus membantu keluarga ini terutama melihat keperluan makanan seharian.

“Kami juga akan membantu mempermudahkan urusan mereka untuk memohon bantuan dari pihak berkenaan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat anak dah lima tahun tak sekolah

Sinar Harian pada Isnin melaporkan empat daripada 12 beradik tercicir persekolahan sejak lima tahun lalu kerana desakan hidup apabila bapa mereka, Sharir tidak dapat bekerja kerana menghidap gout sendi yang kronik.

Adik-beradik tersebut ialah Noorrisha Farhanis, 17, (berhenti setakat darjah enam), Muhammad Danny El Ashrar, 14, (setakat darjah empat), Muhammad Ferris Haikal, 12, (setakat darjah tiga) dan Iyzreen Syafiqa Hazwany, 11, (setakat darjah dua).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!