Laporan media mengenai perolehan vaksin tidak tepat: KJ

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan laporan media yang memetik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa negara membelanjakan lebih RM2 bilion daripada peruntukan keseluruhan RM3 bilion untuk membeli vaksin bagi 30 peratus penduduk negara ini adalah tidak tepat.

Sebaliknya, jelas Khairy, bekas Perdana Menteri itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Setelah pejabat saya memperolehi transkrip penuh ucapan Tan Sri Muhyiddin, ternyata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu dan ia adalah laporan yang tidak tepat.

"Bagaimanapun kesilapan laporan berkenaan tidak diperbetulkan dan boleh diakses sehingga ke hari ini. Saya juga ingin mengingatkan para pengamal berita untuk lebih berhati-hati dalam laporan mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan-laporan berita pada 1 Disember berhubung kenyataannya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Januari lalu mengenai perolehan vaksin Covid-19.

Khairy yang merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ketika itu memberitahu PAC bahawa Muhyiddin telah tersilap cakap apabila mengatakan kerajaan membelanjakan lebih RM2 bilion daripada RM3 bilion, bagi perolehan vaksin Covid-19 untuk 30 peratus penduduk negara ini.

Dalam sesi penerangan itu, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh telah membangkitkan tentang laporan media yang memetik kenyataan Muhyiddin selaku Perdana Menteri ketika itu berhubung perbelanjaan kerajaan membeli vaksin berkenaan.

Artikel Berkaitan: