X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Pesakit Covid-19 di PKRC Kelantan masih tinggi

Dr Mohd Zurairie (kiri) melihat keadaan semasa di PKRC USM, Kota Bharu pada Selasa.
A
A

KOTA BHARU – Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kelantan masih mencatatkan angka yang tinggi iaitu lingkungan 100 hingga 200 orang sehari.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir berkata, ia melibatkan sembilan buah PKRC yang masih beroperasi di seluruh negeri ini.

Katanya, selain itu, seramai 200 hingga 300 pesakit pula menjalani Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), namun perlu mematuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

“Kita masih tidak melonggarkan syarat untuk mereka yang dikuarantinkan di rumah, tetapi kita akui masih ada yang tidak mahu duduk di PKRC sedangkan keadaan mereka perlu di kuarantin di PKRC.

“Alasan mereka antaranya ialah sudah mendapat dua dos, tiada simptom dan sebagainya. Kita cuba nasihat mereka supaya patuh arahan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Dr Mohd Zurairie sebelum itu mengadakan lawatan bersama wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) ke PKRC Universiti Sains Malaysia (USM), di sini.

Beliau turut memberitahu, sehingga kini, seramai 650 pesakit ditempatkan di seluruh PKRC di negeri ini dengan majoritinya adalah daripada pesakit kategori satu dan dua.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!