Lelaki melecur, dua motosikal musnah terbakar

Keadaan rumah yang terbakar dalam kejadian awal pagi Selasa di Kampung Selat Pulau, Kampung Gajah, Pasir Salak.
Keadaan rumah yang terbakar dalam kejadian awal pagi Selasa di Kampung Selat Pulau, Kampung Gajah, Pasir Salak.
A
A
A

PASIR SALAK - Seorang lelaki melecur dalam satu kejadian kebakaran di rumahnya di Kampung Selat Pulau, Kampung Gajah, di sini pada Selasa.

Mangsa difahamkan mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah, Tajul Arif Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenaj kejadian itu pada jam 5.23 pagi sebelum sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, rumah mangsa terbakar 85 peratus akibat kejadian tersebut.

"Kebakaran itu turut melibatkan tiga motosikal yang musnah 90 peratus dan dua kereta dianggarkan terbakar lima peratus.

“Kita difahamkan mangsa tinggal bersama adiknya dan ketika kejadian hanya dia sahaja di rumah,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Katanya, kebakaran tersebut berjaya dikawal dan operasi yang turut melibatkan bantuan BBP Teluk Intan itu tamat pada jam 8.07 pagi.

Artikel Berkaitan: