X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Kanak-kanak hilang ditemukan lemas dalam paya

Mayat mangsa diangkat untuk di bawa ke Bilik Forensik HSNZ, Kuala Terengganu bagi tujuan bedah siasat. - Foto ihsan PDRM
A
A

MARANG - [DIKEMAS KINI] Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di rumahnya di Kampung Gong Beris, Pulau Kerengga, di sini sejak petang Selasa ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam sebuah paya, di Kampung Gong Beris, di sini, pagi Rabu.

Muhammad Syafiq Abdullah ditemukan dalam keadaan berseluar pendek berwarna biru tanpa baju, kira-kira jam 8 pagi pada Selasa, yang jaraknya hanya 500 meter dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Deris berkata, penduduk kampung yang turut memberi kerjasama kepada pasukan operasi mencari dari Balai Polis Merchang, di sini menemui mangsa dalam keadaan terapung di dalam sebuah paya yang kedalamannya lebih kurang satu meter.

"Kehilangan mangsa di rumah hanya disedari ibunya kira-kira jam 6 petang, pada Selasa, sejurus tersedar dari tidur, pada mulanya menyangkakan anaknya keluar bermain seperti selalu.

"Namun, sehingga jam 8 malam mangsa didapati masih belum pulang ke rumah yang seterusnya mengundang rasa tidak sedap hati serta bimbang tentang keselamatan mangsa sebelum meminta bantuan ahli keluarganya dan penduduk kampung mencari mangsa.

"Usaha pencarian dilakukan di kawasan parit, paya dan lombong serta semua kawasan di sekitar kampung tetapi kanak-kanak itu tidak dijumpai.

''Suri rumah tersebut mengambil keputusan membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya yang dilihat kali terakhir jam 4 petang, pada Selasa telahbhilang," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Jelas Mohd Zain, hasil siasatan awal mendapati mangsa berkemungkinan terjatuh di dalam paya berkenaan ketika cuba mengambil sebiji bola yang turut dijumpai di lokasi dipercayai bola tersebut terjatuh ke dalam kawasan paya itu.

Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk dibedah siasat.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!