Pusat Anis terima 26 kanak-kanak istimewa

Dr Siti Mariah
Dr Siti Mariah
A
A
A

SHAH ALAM - Pusat Sokongan Pendidikan Awal Anak Istimewa Selangor (Pusat Anis) merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk memberikan perkhidmatan intervensi awal dan sokongan pendidikan kepada golongan Anak Istimewa Selangor (Anis).

Pusat Anis yang beroperasi di Tingkat Bawah, IDCC Convention Centre, Seksyen 15, Shah Alam bermula September lalu menyasarkan kanak-kanak kategori orang kurang upaya (OKU) seperti autism, hiperaktif dan sindrome down.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, Pusat Anis kini

mempunyai 26 kanak-kanak serta mensasarkan sebanyak 60 kanak-kanak yang akan mengikuti sesi terapi secara mingguan selama satu tahun.

"Melalui pelaksanaan program intervensi awal itu, Pusat ANIS menyediakan seramai lima guru pendidikan khas, seorang jurupulih cara kerja dan tiga pembantu guru," katanya ketika sesi Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke -14 di sini pada Selasa.

Mariah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Jamaliah Jamaluddin (DAP-Bandar Utama) mengenai peruntukan kerajaan negeri untuk pusat OKU khas yang mampu menyokong Program Pendidikan Khas Integrasi di negeri Selangor.

Dalam pada itu, Dr Siti Mariah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang berkata, pelaksanaan intervensi dijalankan melalui dua kaedah iaitu secara persendirian dan kumpulan.

"Setiap pelajar yang hadir perlu diiringi bersama dengan ibu atau bapa pelajar dengan setiap sesi mengambil masa selama dua jam sekali dalam seminggu.

Artikel Berkaitan:

"Objektif penglibatan ibu atau bapa semasa sesi intervensi ini adalah bertujuan untuk memindahkan maklumat atau ilmu kepada ibu bapa untuk menjalankan intervensi semasa berada di rumah," katanya.