X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Pelarian Rohingya saman Facebook RM635 bilion

Facabook disaman oleh pelarian Rohingya kerana gagal membendung ucapan kebencian terhadap etnik itu. - Foto AFP
A
A

LOS ANGELES - Pelarian Rohingya menyaman Facebook pada Isnin sebanyak AS$150 bilion (RM635 bilion) berhubung dakwaan bahawa ia gagal untuk membendung ucapan kebencian terhadap rangkaian perkongsian sosial itu.

Saman yang dikemukakan di sebuah mahkamah di Los Angeles itu mendakwa bahawa rangkaian perkongsian sosial itu mempromosikan maklumat palsu dan pemikiran ekstremis terhadap etnik tersebut.

Menurut dokumen mahkamah, maklumat palsu dan ucapan kebencian telah menyebabkan ratusan ribu Rohingya hidup dalam kemusnahan.

Etnik beragama Islam itu berdepan dengan diskriminasi di Myanmar yang mana mereka dibenci walaupun telah tinggal lama selama beberapa generasi di negara berkenaan.

Satu kempen ketenteraan yang dikatakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyebabkan pembunuhan etnik telah menyaksikan ratusan ribu pelarian Muslim tersebut melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh pada tahun 2017.

Mereka tinggal di dalam kem-kem pelarian di Bangladesh selepas melarikan diri dari kekejaman tentera Myanmar. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!