X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

Platform terbaik atasi isu pekerja

Laporan Sinar Harian pada 26 November lalu. Gambar kecil: Joseph Solomon
A
A

SHAH ALAM - Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik atau Better Malaysia Assembly merupakan platform terbaik untuk membincangkan isu-isu menjejaskan rakyat Malaysia terutama berkaitan pekerja.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank, Joseph Solomon berkata, pekerja di negara ini sudah sekian lama berdepan dengan ‘perjanjian kasar’, malah diburukkan lagi apabila pandemik Covid-19 melanda negara.

Justeru, beliau percaya dalam mengemukakan isu-isu yang sedang dihadapi pekerja di negara ini, kerajaan dapat memenuhi segala keperluan untuk membina negara lebih produktif dan seimbang.

“Saya akan menyokong forum seperti Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu menjejaskan rakyat Malaysia. Salah satu komponen rakyat Malaysia ialah pekerja. Para pekerja negara ini telah diberikan ‘perjanjian kasar’ selama bertahun-tahun, bahkan diburukkan lagi apabila pandemik Covid-19 melanda negara.

“Selain itu, di dalam sebuah negara seperti Malaysia yang kaya dengan sumber asli, ketidaksamaan pendapatan atau income inequality bagi 80 peratus rakyat adalah tidak munasabah,” katanya kepada Sinar Harian.

Solomon merupakan salah seorang daripada 55 tokoh Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik.

Sebelum ini, Pengerusi Ikhlas Capital, Tan Sri Mohamed Nazir Abdul Razak bersama 54 orang tokoh masyarakat, bekas pemimpin dan tokoh korporat bergabung tenaga membentuk Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik untuk berbincang, berbahas dan mengemukakan idea-idea dan syor ke arah Malaysia lebih baik pada masa hadapan.

Kumpulan itu yang bakal berkolaboratif secara musyawarah selama dua tahun akan membentangkan syor atau cadangan bagaimana demokrasi, institusi dan ekonomi negara kita harus berfungsi dengan lebih baik dan berkesan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kewujudan forum itu juga sememangnya satu langkah yang membina berikutan ia ditubuhkan secara bebas untuk mereformasikan pembaharuan.

“Kita juga dapat melihat banyak negara di seluruh dunia sudah menuju ke arah ini,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!