X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Pekerja kilang maut, 6 petugas kesihatan cedera dalam kemalangan

Seorang pekerja kilang maut manakala enam petugas kesihatan cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di KM 58.0 Jalan Johor Bahru-Mersing, pada 8 pagi Isnin. - Foto ihsan polis
A
A

KOTA TINGGI - Seorang pekerja kilang maut manakala enam petugas kesihatan cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di KM 58.0 Jalan Johor Bahru-Mersing pada 8 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki tempatan terbabas ke laluan bertentangan ekoran permukaan jalan yang tidak rata dan berbatu.

Susulan itu, sebuah kenderaan jenis Toyota Innova yang datang dari arah Johor Bahru menghala ke Mersing gagal mengelak lalu bertembung dengan kenderaan mangsa.

"Akibat pelanggaran, pemandu Proton Wira yang juga pekerja kilang, mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa yang maut itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari rumah menuju tempat kerjanya di Jalan Mawai.

"Enam individu di dalam kenderaan Toyota Innova terbabit merupakan petugas kesihatan dan hanya mengalami cedera ringan.

"Kesemua mangsa yang terlibat, berumur antara 30 hingga 50 tahun," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, siasatan lanjut masih diteruskan bagi memastikan punca kejadian sebenar dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!