Lima bot nelayan pukat tunda musnah terbakar

Keadaan kebakaran yang memusnahkan lima daripada enam bot di jeti Batu 3 di sini pada awal pagi Isnin. Foto JBPM Pahang.
Keadaan kebakaran yang memusnahkan lima daripada enam bot di jeti Batu 3 di sini pada awal pagi Isnin. Foto JBPM Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Lima bot nelayan pukat tunda musnah dalam kebakaran di jeti Batu 3 di sini pada awal pagi Isnin.

Dalam kejadian jam 1.27 pagi itu, sebuah bot berjaya diselamatkan dan hanya mengalami kerosakan kecil.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, seramai 32 anggota termasuk tujuh pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, Indera Mahkota dan Taman Tas bersama empat jentera ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.

Menurutnya, operasi awal memadam kebakaran dilakukan dengan menghanyutkan bot yang sedang terbakar agar tidak merebak ke bot nelayan yang lain.

Salah sebuah bot yang terbakar dalam kejadian kebakaran di jeti Batu 3 di sini pada awal pagi Isnin. Foto JBPM Pahang
Salah sebuah bot yang terbakar dalam kejadian kebakaran di jeti Batu 3 di sini pada awal pagi Isnin. Foto JBPM Pahang

"Anggota bomba juga menggunakan sebuah bot aluminium bagi membawa pam angkut untuk memadam kebakaran.

"Kerja-kerja pemadaman menggunakan aliran hos dan semburan buih sebelum kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.

Artikel Berkaitan:

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.