15 peratus warga IPT belum divaksin

Sekitar 15 peratus atau 168,000 warga IPT belum divaksin atas faktor kesihatan serta belum bersedia menerima vaksin. Foto hiasan
Sekitar 15 peratus atau 168,000 warga IPT belum divaksin atas faktor kesihatan serta belum bersedia menerima vaksin. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sekitar 15 peratus atau 168,000 warga institusi pengajian tinggi (IPT) belum divaksin atas faktor kesihatan serta belum bersedia menerima vaksin.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam jawapan yang disiarkan melalui laman sesawang Parlimen memaklumkan jumlah yang menerima vaksin setakat 30 Okt pula adalah seramai 1,101,779 orang.

"Langkah susulan seperti sesi kaunseling dan taklimat khas yang menjelaskan tentang kepentingan pengambilan vaksin serta penerangan kepada golongan terbabit bahawa vaksinasi tidak membawa keburukan akan diadakan secara berterusan bagi memastikan semua warga IPT divaksin sepenuhnya," katanya.

Jawapan itu adalah bagi pertanyaan Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng) yang ingin tahu bilangan pensyarah dan pelajar IPT yang belum menerima vaksinasi Covid-19. - Bernama

Artikel Berkaitan: