X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

RUU Perbekalan Kementerian Kesihatan diluluskan

Azhar Azizan meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan selepas mendapat undian suara majoriti. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan diluluskan Dewan Rakyat pada Isnin.

Ia diputuskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menerusi undian suara majoriti.

Kelulusan itu membabitkan peruntukan RM28.3 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan Bajet 2022.

Seramai 22 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa berkenaan.

Kebanyakan ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan menyentuh mengenai isu doktor kontrak, kebenaran penggunaan ketum dan kanabis serta pembelian ubat antiviral oleh kerajaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!