Hujan lebat, air pasang: 81 penduduk sekitar Kuching dipindahkan

Cuaca mendung sekitar bandar Kuching hari ini. Foto Bernama
Cuaca mendung sekitar bandar Kuching hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Hujan lebat serta fenomena air pasang besar serentak sekitar sini malam Ahad menyebabkan 81 orang penduduk daripada 33 keluarga di dua kampung dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS), selepas kediaman mereka dinaiki air pada Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, sehingga jam 4 petang ini PPS di Dewan Sri Buntal, di sini menempatkan 54 orang penduduk daripada 26 keluarga dari Kampung Buntal.

Menurutnya, Surau Ar Rahman di Kampung Sungai Batu yang dijadikan PPS pula menempatkan 27 orang penduduk daripada tujuh keluarga di kampung berkenaan.

Kedua-dua PPS itu dibuka sejak jam 8.00 pagi. - Bernama

Artikel Berkaitan: