Allianz Malaysia Berhad kerjasama jayakan Konvoi Rasuah Busters

Konvoi Rasuah Busters akan jelajah ke 11 negeri seluruh Malaysia antaranya Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Kedah, Perlis, Penang, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga April 2022. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

SHAH ALAM - Allianz Malaysia Berhad dan Rasuah Buster Sinar Harian menjalin kerjasama menjayakan Program Konvoi Rasuah Busters yang akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberi kesedaran mengenai jenayah rasuah.

Program Konvoi Rasuah Busters dijangka berakhir pada April 2022 manakala pelancaran akan diadakan di Masjid Tuanku Sultan Mizan, Putrajaya pada 9 Disember ini.

MUHAMMAD NASIR
MUHAMMAD NASIR

Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhamad Nasir Hamzah berkata, objektif utama Konvoi Rasuah Busters ialah mendekati masyarakat dan memberi pendedahan mengenai jenayah itu.

“Kita memilih tarikh pelancaran sempena Hari Anti-Rasuah Antarabangsa (HARA) yang disambut setiap tahun. Saya harap program ini dapat memberi kesedaran mengenai bahaya jenayah rasuah.

Muhamad Nasir (tengah) bersama Zakri (dari kanan) di atas trak Rasuah Busters. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
Muhamad Nasir (tengah) bersama Zakri (dari kanan) di atas trak Rasuah Busters. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Saya juga berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat bersama menyokong program yang ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhamad Nasir memberitahu, Sinar Harian terpanggil melaksanakan program ini kerana masyarakat kini semakin serius terlibat jenayah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

ZAKRI MOHD KHIR
ZAKRI MOHD KHIR

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Mohd Khir berkata, pihaknya tertarik dengan program konvoi anjuran Sinar Harian dan mahu menyokong sepenuhnya usaha itu khususnya dalam industri insurans.

Katanya, konvoi tersebut dapat membuktikan kepada orang ramai bahawa Allianz mengambil serius isu rasuah dan mahu jenayah itu dihapuskan.

No Image Caption

“Ramai sedia maklum bahawa dalam industri insurans memang popular dengan kegiatan rasuah yang berleluasa. Jadi perlu ada tindakan bagi mengelakkan jenayah itu dalam industri ini.

“Saya berharap program ini berjaya memberi kesedaran kepada orang ramai dan kegiatan rasuah dapat dibanteras di negara ini,” ujarnya.

Sebanyak 200 trak Allianz Malaysia Berhad dilekatkan lambang anti rasuah #RASUAHBUSTERS. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
Sebanyak 200 trak Allianz Malaysia Berhad dilekatkan lambang anti rasuah #RASUAHBUSTERS. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID