Nanda dilantik Ketua Polis Seremban baharu

Majlis serah terima tugas antara Mohd Said (kiri) dan Nanda (kanan) disaksikan Mohamad di IPD Seremban pada Isnin.
Majlis serah terima tugas antara Mohd Said (kiri) dan Nanda (kanan) disaksikan Mohamad di IPD Seremban pada Isnin.
A
A
A

SEREMBAN - Asisten Komisioner Nanda Maarof dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Seremban yang baharu berkuat kuasa pada Isnin.

Nanda menggantikan Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim yang dilantik sebagai Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Bukit Aman dengan pangkat Senior Asisten Komisioner.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban disaksikan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Turut diadakan ialah majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Seremban di antara Norhatimah Md Deni dengan Normala Ramli disaksikan oleh Pengerusi Perkep Kontinjen Negeri Sembilan, Datin Norlela Idris.

Nanda yang berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan sebelum ini bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Arau, Perlis selama hampir enam tahun memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sementara itu, Mohamad ketika ditemui berkata, banyak kejayaan dikecapi IPD Seremban di bawah pimpinan Mohd Said khususnya dalam menganjurkan program-program pencegahan jenayah bersama masyarakat setempat.

Dalam pada itu, Mohamed berkata, dengan kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh pucuk pimpinan, pihaknya percaya Nanda mampu mengorak langkah dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berhemah.

Artikel Berkaitan: