X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Bot karam, Maritim selamatkan sembilan kru Indonesia

Kesemua kru yang berumur antara 19 hingga 48 tahun telah diselamatkan dan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili. - Foto Maritim
A
A

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor berjaya menyelamatkan sebuah bot barter trade kendalian sembilan kru warga Indonesia daripada karam di perairan Tanjung Pungai, Kota Tinggi, Johor pada 11 pagi Ahad.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat mengenai insiden sebuah bot asing yang dimasuki air susulan mengalami cuaca buruk di kawasan berkenaan.

Jelasnya, bot ronda Perkasa 30 milik Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan daripada Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS).

“Sebelum kejadian, bot barter trade itu sedang dalam pelayaran membawa muatan bekalan menuju ke Pulau Natuna dari Singapura.

“Kesemua kru yang berumur antara 19 hingga 48 tahun telah diselamatkan dan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili bagi urusan penyerahan kepada Konsulat Indonesia di Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Maritim Malaysia turut menasihatkan kepada komuniti maritim agar sentiasa berhati-hati dan memakai jaket keselamatan sewaktu berhadapan cuaca buruk di laut. - Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!