Allianz Malaysia bertemu Sinar Harian dalam perlawanan persahabatan

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Sean Wang menukar memento dengan Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Sean Wang menukar memento dengan Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pasukan badminton Allianz Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Sean Wang, menewaskan Sinar Harian 4-1 dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Di sebalik kemenangan itu, Sean berkata apa yang penting ialah kemesraan dan keakraban antara pihak Allianz Malaysia dan Sinar Harian.

Turut hadir memberi sokongan moral untuk perlawanan julung kali ini adalah Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

“Disebabkan pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan sepanjang tahun ini dan tahun lepas, kami tidak dapat menganjurkan perlawanan persahabatan sebegini dan saya gembira kerana akhirnya, kami berjaya mengadakan perlawanan ini dan bertemu rakan-rakan media dari Sinar Harian.

"Ini adalah suatu titik permulaan dan berharap dapat menganjurkan lebih banyak perlawanan sebegini dengan rakan media kami yang lain pada masa akan datang,” ujar Sean.

Allianz meraih empat mata daripada gandingan Sean dengan Gary Mark Nagan; Wong Jeh Ying dan Peggy Ng dalam beregu wanita; Abdul Razak Ramlan dan Kenneth Ho dalam beregu lelaki kedua serta gandingan beregu campuran Jason Lim dan Cheong Ee Von, manakala mata sulung Sinar Harian datang dalam beregu lelaki ketiga menerusi Jamil Marni dan Muhammad Izzudin Amim.

Aksi sengit dalam perlawanan bergu lelaki pertama antara Akmal Eirfan Mohd Fauzi, Ketua Pegawai Operasi Sinar Harian dan Mohd Rafandi Mohd Mokhtar bertemu Sean Wang dan Gary Mark Nagan.
Aksi sengit dalam perlawanan bergu lelaki pertama antara Akmal Eirfan Mohd Fauzi, Ketua Pegawai Operasi Sinar Harian dan Mohd Rafandi Mohd Mokhtar bertemu Sean Wang dan Gary Mark Nagan.

Artikel Berkaitan: