Trio Les Parisiens perlu lebih garang: Mbappe

Dari kiri, trio sensasi PSG, Messi, Mbappe dan Neymar ketika berdepan Manchester City dalam kempen Liga Juara-Juara di Etihad, November lalu. FOTO: AFP
Dari kiri, trio sensasi PSG, Messi, Mbappe dan Neymar ketika berdepan Manchester City dalam kempen Liga Juara-Juara di Etihad, November lalu. FOTO: AFP
A
A
A

TONGGAK berpengaruh Paris St Germain (PSG), Kylian Mbappe menegaskan dia dan rakan penyerang Lionel Messi serta Neymar perlu melakukan yang lebih baik selepas trio tersebut gagal memberikan impak positif bersama gergasi Ligue 1 tersebut.

Malah menurut pemain Perancis itu, mereka bertiga masih gagal mempamerkan aksi cemerlang masing-masing untuk PSG dalam saingan domestik dan antarabangsa sejak kebelakangan ini.

“Kami sedar bahawa masih banyak lagi elemen-elemen dalam diri masing-masing yang belum diterjemahkan dalam bentuk penyudah terbaik demi kejayaan kelab ini.

“Setiap daripada kami memiliki naluri pemusnah masing-masing tersendiri yang ditagih kelab ini, namun secara jujur ia memerlukan masa bagi membentuk keserasian gandingan lebih mantap,” ujar Mbappe.

Mengenai kekurangan keseimbangan dengan penyerang terlalu kerap terputus hubungan daripada seluruh pasukan, Mbappe berkata: “Kami perlu mencipta sesuatu untuk memastikan kami tidak dipisahkan daripada pasukan lain, semasa menyerang dan bertahan.”

Pada musim ini Mbappe berada dalam prestasi terbaik, namun Neymar pula bergelut mencipta impak manakala kehadiran Messi dari Barcelona masih belum mendapat tempat dalam kesebelasan utama Les Parisiens.

PSG yang kini berada di tangga teratas Ligue 1, 11 mata di depan Stade Rennais akan berdepan Club Brugge dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Artikel Berkaitan: