Sultan Perak terima zakat RM7.8 juta bagi pihak MAIPk

Sultan Nazrin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM6.09 juta daripada TNB yang diwakili Baharin kepada MAIPk dalam satu majlis di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.
Sultan Nazrin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM6.09 juta daripada TNB yang diwakili Baharin kepada MAIPk dalam satu majlis di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM7.8 juta daripada enam syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Perak, Changkat Persekutuan, di sini pada Isnin.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Baharin Din merupakan penyumbang tertinggi dengan jumlah bayaran zakat perniagaan berjumlah RM6.09 juta.

Penyampaian zakat perniagaan tersebut kemudian diikuti Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad yang diwakili oleh Ahli Jawatankuasa Syariahnya, Dr Abdul Rahim Abdul Rahman dengan jumlah RM775,000.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan FGV Holdings Berhad, Datuk Dzulkifli Abd Wahab pula menyerahkan zakat perniagaan FGV Holdings Berhad berjumlah RM577,752.

Turut menunaikan zakat perniagaan adalah Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Berhad (Angkasa) berjumlah RM221,105 diikuti GITN Sdn Bhd berjumlah RM140,000.

Hadir sama pada majlis itu, Orang Kaya Tun Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin; Ahli Majlis MAIPk, Prof Datuk Dr Ansary Ahmed dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari.

Artikel Berkaitan: