PRN Sarawak: Hong Seng bakal berentap dengan Chieng Jen di Padungan

Wee Hong Seng membuat pendaftaran calon di Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi DUN N.09 Padungan pada PRN Sarawak ke-12 di Auditorium MBKS hari ini. - Foto Bernama
Wee Hong Seng membuat pendaftaran calon di Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi DUN N.09 Padungan pada PRN Sarawak ke-12 di Auditorium MBKS hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Wee Hong Seng bakal berentap dengan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen bagi merebut kerusi Padungan pada Pilihan Raya Negeri ke-12.

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Hong Seng, Chieng Jen, Pengarah Pilihan Raya Parti Bumi Kenyalang (PBK) Raymond Thong dan Presiden Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Lina Soo.

Pengumuman mengenai calon yang layak bertanding di kerusi DUN itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Padungan Theresa Korina Peter Legi.

Raymond merupakan calon pertama yang tiba di pusat penamaan calon di Majlis Bandaraya Kuching Selatan pada 8 pagi diikuti Hong Seong (8.18 pagi) dan Soo (8.28 pagi) manakala Chieng Jen muncul pada 8.30 pagi.

Chieng Jen memilih untuk bertanding di Padungan selepas menjadi penyandang kerusi DUN Kota Sentosa sejak 2006.

Padungan merupakan kerusi tradisi yang dimenangi DAP. Pada PRN 2016, Naib Pengerusi DAP Sarawak Wong King Wei mempertahan kerusi itu dengan majoriti 4,270 undi.

Bagaimanapun, King Wei kemudian bertindak keluar parti pada Julai 2020 atas alasan kecewa dengan hala tuju dan pengurusan DAP Sarawak. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my