Gelombang pertama banjir di Terengganu pulih

Keadaan kawasan perumahan di Kampung Gong Terap yang ditenggelami banjir pada Rabu lalu. - Foto fail Bernama
Keadaan kawasan perumahan di Kampung Gong Terap yang ditenggelami banjir pada Rabu lalu. - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Gelombang pertama banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup jam 12 tengah hari Isnin.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, PPS terakhir iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol ditutup dan kesemua mangsa banjir dari tiga buah kampung dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Berdasarkan rekod, seramai 22 mangsa banjir terakhir dari tiga buah kampung iaitu Kampung Bukit, Kampung Titian Baru dan Kampung Surau Panjang di Kuala Terengganu ditempatkan di PPS berkenaan yang mula dibuka Sabtu lalu.

"Banjir gelombang pertama kali ini melibatkan seramai 224 penduduk daripada 75 keluarga dipindahkan ke 10 PPS.

"Kesemua mangsa banjir adalah dari daerah Kuala Nerus, Setiu, Besut dan Kuala Terengganu," katanya.

Artikel Berkaitan: