Hampir 31 orang lemas dalam kemalangan libatkan bas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ABUJA - Sekurang-kurangnya 31 orang lemas pada hujung minggu apabila sebuah bas dalam perjalanan ke majlis perkahwinan dihanyutkan air sungai yang deras ketika cuba menyeberang sungai yang dilimpahi air.

Gabenor Daerah Kitui Charity Ngilu berkata, pemandu bas berkenaan cuba meredah Sungai Enziu yang mengalir deras, kira-kira 200 kilometer (125 batu) timur ibu negara Nairobi, apabila kenderaan itu terbalik dan tenggelam, lapor Agensi Anadolu memetik laporan media tempatan.

Ngilu mengatakan 31 mayat sudah ditemui setakat ini semasa usaha menyelamat.

''Seramai 12 orang berjaya menyelamatkan diri daripada lemas, termasuk empat kanak-kanak, katanya.

"Ia benar-benar menyedihkan. Kita kehilangan banyak nyawa."

Ngilu berkata usaha mencari dan menyelamat diteruskan di wilayah itu tetapi menjangkakan jumlah kematian mungkin bertambah. - Bernama

Artikel Berkaitan: