Cuti bomba Negeri Sembilan dihadkan 10 peratus

JBPM Negeri Sembilan akan melakukan penjadualan semula cuti semua pegawai dan anggotanya sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh kali ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Hamdan)
JBPM Negeri Sembilan akan melakukan penjadualan semula cuti semua pegawai dan anggotanya sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh kali ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Hamdan)
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan akan melakukan penjadualan semula cuti semua pegawai dan anggotanya sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh kali ini.

Pengarahnya, Hamdan Ali berkata, cuti dihadkan hanya 10 peratus anggota di balai dan 20 peratus bagi pegawai di setiap bahagian selain tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa.

Beliau memberitahu, anggota dan pegawai terbabit akan dipanggil pada bila-bila masa jika ada keperluan.

"Kita juga sudah bersedia untuk menghantar pasukan bantuan ke negeri yang teruk dilanda banjir terutama di pantai timur sekiranya diperlukan dan penghantaran tidak menjejaskan penugasan operasi di Negeri Sembilan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, keadaan kali ini lebih mencabar kerana negara masih berdepan pandemik Covid-19 yang memerlukan pelaksanaan beberapa prosedur operasi standard (SOP) ketat.

"Beberapa perkara perlu diambil kira seperti penggunaan kelengkapan perlindungan diri (PPE) ketika operasi, pengasingan mangsa banjir yang positif dan saringan Covid-19 terhadap mangsa sebelum dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya.

Artikel Berkaitan: