Tiba di Pusat Penamaan Calon

No Image Caption
A
A
A
Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) tiba di Pusat Penamaan Calon N.26 Gedong di Dewan Masyarakat Gedong di Sarawak, hari ini.

Beliau akan berdepan pertembungan empat penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Mewakili Gabungan Parti Sarawak(GPS), Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu akan berdepan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Mohamad Sofian Fariz Sharbini, Parti Amanah Negara (Amanah) Kamal Bujang dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) Tomson Marcus Ango.

Abang Johari akan bertanding buat pertama kali di DUN ini, sebuah kawasan luar bandar selepas sembilan penggal di DUN Satok.

DUN Gedong yang mempunyai seramai 7,208 pengundi berada di bawah Parlimen Batang Sadong dan terletak kira-kira satu jam setengah daripada Kuching.
Artikel Berkaitan:


Ia merupakan kawasan DUN baharu yang dibentuk selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya DUN Simunjan pada PRN-11 tahun 2016.

Penyandang kerusi DUN itu Datuk Mohd Naroden Majais sebelum ini mengumumkan mengundur diri, dan memberi laluan kepada Abang Johari untuk mempertahankan kerusi GPS di DUN berkenaan. - Foto Bernama
Artikel Disyorkan