X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Letusan Gunung Semeru: Rumah ditenggelami abu sehingga paras atap

Kebanyakan rumah ditenggelami dengan abu sehingga ke paras atap susulan letusan Gunung Berapi Semeru di barat Jawa, Indonesia pada Sabtu. - Reuters
A
A

JAKARTA - Usaha mencari dan menyelamat diteruskan pada Isnin bagi mengesan mangsa yang terkesan susulan letusan Gunung Berapi Semeru di barat Jawa, Indonesia pada Sabtu.

Setakat ini, 14 individu disahkan terkorban dalam kejadian itu, sementara puluhan yang lain dilaporkan cedera, kata pihak berkuasa.

Saksi kejadian di daerah Lumajang, Taufiq Ismail Marzuqi memaklumkan melihat anggota polis dan tentera menggali tanah menggunakan tangan bagi mengeluarkan mangsa, memetik laporan agensi berita Reuters.

Kebanyakan rumah ditenggelami dengan abu sehingga ke paras atap.

Sekurang-kurangnya 11 kampung di daerah Lumajang, barat Jawa ditenggelami abu gunung berapi.

Sejumlah 56 individu dilaporkan cedera dengan kebanyakan mereka melecur selepas menyangka lahar panas itu air banjir.

"Saya melihat 10 penduduk dibawa oleh arus deras.

"Penduduk di sini menyangka kejadian banjir yang sering berlaku di kawasan ini. Kami tidak tahu ia sebenarnya lahar panas.

"Tiba-tiba langit menjadi gelap dan hujan turun," kata Salim, seorang penduduk di Kampung Renteng kepada agensi berita AFP.

Untuk rekod, Jawa merupakan populasi terbesar di Indonesia dan menempatkan ibu negaranya iaitu Jakarta.

Dengan ketinggian melebihi 12,000 kaki, Gunung Semeru merupakan gunung tertinggi di Jawa. - Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!