X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

SPRM sokong konvoi #RasuahBusters

Konvoi #RasuahBusters merupakan manifestasi komitmen rakyat bagi memerangi rasuah dengan menyampaikan mesej pendidikan dan kesedaran kepada rakyat di peringkat akar umbi.
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyokong penuh usaha Rasuah Busters Sinar Harian mengadakan kempen antirasuah menerusi platform konvoi.

Ketua Seksyen Outreach Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Ab Muneim Ibrahim berkata, SPRM menyeru semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil contoh usaha yang dilakukan Rasuah Busters dengan berkempen kepada masyarakat berhubung bahaya rasuah.

“Kita (SPRM) sememangnya menyokong penuh usaha ini. Saya doakan kempen melalui konvoi #RasuahBusters berjaya dan selamat dari mula hingga akhir,” katanya kepada kru Rasuah Busters pada Ahad.

Ab Muneim
Ab Muneim

Ab Muneim turut menggesa orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan sebarang salah laku berunsur rasuah untuk segera melaporkan kepada pihaknya.

Menurut beliau, sebagai usaha menerapkan semangat integriti dan antirasuah kepada masyarakat, SPRM juga mengadakan ceramah, pameran dan dialog untuk meningkatkan kesedaran selain mendidik.

“Kita berharap masyarakat berani untuk tampil dan menyalurkan maklumat berkaitan kepada SPRM,” ujarnya.

Beliau berharap Rasuah Busters terus bersama dengan SPRM sepanjang masa sebagai ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa terbabit.

Konvoi #RasuahBusters akan bermula pada 9 Disember depan.
Konvoi #RasuahBusters akan bermula pada 9 Disember depan.

“Kita berharap Rasuah Busters tidak berhenti setakat konvoi. Teruskan lagi usaha dan kita sentiasa mendukung penuh kempen sebegini,” tegas beliau.

Pada Jumaat, Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, siri jelajah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan bermula 9 Disember ini sempena Hari Antirasuah Antarabangsa yang disambut di seluruh dunia pada setiap tahun.

Nurhayati memberitahu, konvoi #RasuahBusters merupakan manifestasi komitmen rakyat negara ini bagi memerangi rasuah dengan menyampaikan mesej pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat di peringkat akar umbi.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!