X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Amaran peratusan jangkitan sporadik tinggi di Sabah

Gambar hiasan
A
A

KOTA KINABALU - Peratusan jangkitan Covid-19 secara sporadik di Sabah yang masih tinggi harus dilihat sebagai amaran dan peringatan kepada orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang pandemik itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, 36 peratus daripada 294 kes pada Ahad, 38 peratus daripada 351 kes pada Sabtu (4 Disember) dan 42 peratus daripada 374 kes pada Jumaat lepas (3 Disember) adalah jangkitan sporadik.

"Semua SOP perlu dipatuhi setiap masa. Kita baru sahaja dikejutkan dengan varian baharu Omicron yang dikatakan menjangkit lebih cepat daripada varian sebelumnya," kata Masidi yang juga jurucakap Covid-19 Sabah menerusi kenyataan di sini pada Ahad.

Masidi juga berkata, sebanyak 153 kes daripada keseluruhan 294 kes baharu pada Ahad dikesan melalui saringan kontak rapat, sekali gus menunjukkan terdapat kebarangkalian tinggi berlaku aktiviti ketidakpatuhan SOP.

Sementara itu, Masidi berkata, empat kes kematian dilaporkan pada Ahad dengan dua kes di Tuaran dan masing-masing satu kes di Kota Marudu dan Sipitang.- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!