X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Pegawai polis mengamuk direman tiga hari

Suspek kini ditahan reman sehingga 6 Disember di Klinik Psikiatri Jalan Perak.
A
A

GEORGETOWN - Seorang pegawai polis yang ditahan selepas mengamuk dan mencederakan anggota polis di Lebuh Queen, di sini pada jam 1.40 pagi Sabtu telah direman tiga hari sehingga Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek yang berusia 35 tahun itu kini ditahan di Klinik Pakar Psikiatri Jalan Perak untuk rawatan.

"Permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan selama tiga hari iaitu sehingga 6 Disember.

"Dia kini ditempatkan di klinik psikiatri untuk rawatan. Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Difahamkan, suspek baharu sahaja menjalani rawatan kaki di sebuah hospital swasta di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai kanan polis mengamuk, cederakan dua polis ditahan

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Soffian berkata, polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 1.30 pagi berhubung seorang lelaki sedang mengamuk di hadapan sebuah hotel di lokasi berkenaan.

Menurutnya, sepasukan polis telah ke lokasi bagi menenangkan suspek yang ketika itu sedang membuat bising kerana disyaki berada di bawah pengaruh alkohol.

"Ketika anggota polis menenangkan dan memujuk suspek supaya berhenti membuat bising, suspek telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota dan enggan memberi kerjasama.

"Susulan itu, anggota polis telah meminta suspek untuk pergi ke balai polis, namun dia bertindak agresif dan melawan anggota yang bertugas. Akibat daripada itu, suspek cedera di kedua-dua siku kanannya.

Difahamkan, dua anggota polis iaitu seorang berpangkat lans koperal mengalami kecederaan pada kaki dan manakala seorang koperal cedera di tangan.

Soffian berkata, suspek yang merupakan pegawai dari Pasukan Gerakan Am (PGA) di Perak berpangkat inspektor itu sedang menjalani hukuman tahan kerja atas kesalahan tatatertib.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!