X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Kesemua 114 pelajar Sekolah Seri Puteri di MAEPS dalam keadaan baik

Datuk Dr Latiff Ahmad berucap di hadapan seramai 114 pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya yang menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 di PKRC 2.0 MAEPS pada Ahad. - Foto Bernama
A
A

SERDANG - [DIKEMAS KINI] Kesemua 114 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) kerana positif Covid-19 berada dalam keadaan baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menasihatkan ibu bapa kesemua pelajar terbabit agar tidak bimbang kerana anak-anak mereka dijaga dengan baik di pusat kuarantin itu.

“Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana makanan di sini cukup. Cuma amalan (ibu bapa) menghantar makanan kepada anak-anak tiap-tiap minggu (seperti ketika anak mereka di asrama) tidak boleh di MAEPS kerana takut ada unsur keracunan makanan," katanya kepada Bernama selepas lawatan ke pusat kuarantin itu bagi melihat keadaan pelajar terbabit pada Ahad.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Dr Aminuddin Hassim dan Pengarah PKRC MAEPS, Dr Shahabuddin Ibrahim.

ARTIKEL BERKAITAN: 65 pelajar Sekolah Seri Puteri disahkan positif Covid-19

Sementara itu, Abdul Latiff mengajak pelajar di pusat kuarantin berkenaan untuk menyertai pertandingan menulis esei anjuran kementeriannya dengan menceritakan pengalaman masing-masing sepanjang berada di pusat kuarantin itu.

114 pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya sedang menjalani kuarantin di PKRC 2.0 MAEPS. - Foto Bernama
114 pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya sedang menjalani kuarantin di PKRC 2.0 MAEPS. - Foto Bernama

Abdul Latiff berkata, dua kategori dipertandingkan iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan hadiah wang tunai RM500 untuk juara, RM300 untuk naib juara, RM100 untuk tempat ketiga dan RM50 hadiah sagu hati.

Beliau berkata, inisiatif terbabit sebagai galakan kepada pelajar untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah ketika menjalani kuarantin.

Pada 1 Disember lepas, sebanyak 65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya dihantar ke MAEPS, manakala 49 orang lagi dihantar pada keesokan harinya kerana positif Covid-19 kategori satu dan dua untuk menjalani kuarantin.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai sebarang gejala atau memiliki gejala ringan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!