X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Khairulazhan, Faisal positif Covid-19

Faisal terpaksa dikuarantin 10 hari selepas positif Covid-19. - Foto Bernama
A
A

[DIKEMAS KINI] PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa dua pemain skuad Harimau Malaya ke Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura telah disahkan positif Covid-19 selepas keputusan ujian PCR yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Jumaat lalu.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, dua pemain berkenaan ialah Khairulazhan Khalid dan Faisal Halim.

Kata beliau, kedua-dua mereka kini diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri sehingga 10 hari oleh pihak berkuasa di Singapura.

"Tahap kesihatan mereka akan dipantau secara harian memandangkan mereka tidak bergejala.

"Jika ujian selanjutnya itu mendapati pemain tersebut telah bertukar status kepada negatif Covid-19, maka mereka akan dibenarkan untuk kembali menyertai aktiviti bersama pasukan dengan serta-merta dan juga dapat beraksi pada baki kejohanan ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Biarpun tanpa dua pemain tersebut, skuad kendalian Tan Cheng Hoe tetap akan meneruskan perlawanan pertama Kumpulan B berdepan Kemboja di Stadium Bishan, petang esok dengan baki pemain lain yang ada selepas kesemua mereka diuji negatif pada ujian susulan yang telah pun dilakukan


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!