X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Ramai orang dewasa tidak sedar hidap diabetes

Golongan B40 menerima peratalan pemeriksaan kendiri paras gula iaitu glukometer bagi memudahkan mereka melakukan penjagaan kesihatan yang sewajarnya.
A
A

BANGI - Pemantauan awal paras gula dalam darah perlu dititik beratkan bagi mencegah dan mengehadkan komplikasi diabetes yang boleh memberi kesan pada organ tubuh lain.

Perkara itu penting kerana ramai dalam kalangan golongan dewasa tidak sedar mereka menghidap diabetes.

Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019) mendedahkan, peratusan pesakit diabetes di Malaysia meningkat kepada 18.3 peratus pada tahun 2019 berbanding 13.4 peratus pada 2015.

Laporan sama menyatakan 8.9 peratus dalam kalangan pesakit diabetes dewasa tidak tahu bahawa mereka menghidap penyakit tersebut.

Ketua Pagawai Eksekutif Hospital Pakar An-Nur, Dr Shaharom Md Shariff berkata, menyedari hakikat itu, Hospital Pakar An-Nur, Accu-Answer (Accu Pro Online Marketing) dan Medik, Nur Rahmah bekerjasama menjalankan kempen Tahu Glukosa Darah Anda sepanjang November lalu.

Menurut beliau, ia selari dengan tema Hari Diabetes Sedunia 2021-2023 iaitu akses kepada penjagaan diabetes.

"Pemantauan awal dapat membantu pesakit mencegah dan mengehadkan pelbagai komplikasi diabetes seperti masalah jantung, buah pinggang dan lain-lain.

"Terdapat pelbagai jenis pakej pemeriksaan yang ditawarkan di pusat-pusat rawatan. Di Hospital Pakar An-Nur, kami menawarkan pakej pemeriksaan oleh pakar penyakit dalaman serendah RM199.

Sumbangan wang tunai kepada Medik Nur Rahmah Berhad
Sumbangan wang tunai kepada Medik Nur Rahmah Berhad

"Melalui kempen ini, peralatan pemeriksaan kendiri paras gula iaitu glukometer berjenama Accu-Answer Blood Glucose Meter Starter Kit disalurkan dengan menyasarkan 60 orang pesakit diabetes yang terdiri daripada golongan asnaf dan B40," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengasas Accu-Answer, May Tan berkata, menerusi sumbangan itu sekurang-kurangnya ia dapat membantu mereka lebih menjaga kesihatan.

“Bantuan alat pemeriksaan ini diharap dapat membantu meringankan bebanan mereka dalam berdepan dengan cabaran penjagaan dan pemantauan penyakit yang dihidapi,” katanya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Medik Nur Rahmah Berhad yang diserahkan kepada Pengerusi Medik Nur Rahmah Berhad, Prof. Emeritus Datuk Dr. Tengku Mohd. Tengku Sembok disaksikan oleh Dr Shaharom.

Medik Nur Rahmah Berhad adalah syarikat tidak bermatlamat menjana keuntungan yang membantu memudahkan penjagaan kesihatan golongan berkeperluan melalui dana yang dikumpul daripada sumbangan, infak, sedekah dan wakaf.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!