X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Kenyataan Abdul Hadi disalah petik: Takiyuddin

Takiyuddin
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung Muafakat Nasional (MN) disalah petik sehingga mencetuskan perdebatan.

Menurutnya, apa yang ingin dinyatakan oleh Abdul Hadi adalah dalam piagam MN, penyatuan ummah perlu dilaksanakan bukan hanya antara UMNO dan Pas sahaja, ia perlu dibuka kepada semua parti lain serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Saya rasa ulasan Presiden Pas telah disalah petik kerana apa yang beliau katakan adalah semua perlu ikut piagam MN yang telah ditandatangani antara Pas dan UMNO.

“Saya juga ingin menjelaskan mengenai MoU (memorandum persefahaman) yang disebut oleh Presiden Pas, dalam piagam MN ini penyatuan ummah perlu dilaksanakan bukan hanya antara UMNO dan Pas sahaja, ia mesti dibuka kepada semua parti lain, NGO serta orang perseorangan yang mempunyai cita-cita sama.

“Itulah yang ditekankan oleh Presiden Pas, jangan hadkan penyatuan ummah antara Pas dan UMNO sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, apa yang ingin disampaikan oleh Presiden Pas adalah penyatuan ummah dalam piagam MN tidak membabitkan dua parti semata-mata, sebaliknya membuka ruang kepada pihak lain.

Sehubungan itu, Takiyuddin berharap kenyataan Abdul Hadi itu tidak disalahertikan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Hassan sebelum ini menegaskan, parti itu tidak pernah mungkir janji pada piagam MN yang ditubuhkan dengan tidak menggariskan matlamat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi sebahagian daripadanya.

Mohamad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa Pas menolak gagasan MN disebabkan UMNO tidak mengikut piagam yang dipersetujui bersama.

Menurut Abdul Hadi, semasa MN dibentuk, piagam atau perjanjian yang dibuat menyatakan bahawa gabungan itu boleh menerima mana-mana parti lain termasuk Bersatu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!