X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 24 orang

PPS SK Atas Tol di Kuala Terengganu menempatkan 24 orang mangsa daripada lapan keluarga yang terjejas akibat banjir.
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu pada Ahad menurun kepada 24 orang daripada lapan keluarga yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, sehingga jam 4 petang jumlah mangsa banjir di Terengganu tidak menunjukkan perubahan ketara berbanding yang direkodkan pagi Ahad iaitu seramai 39 orang.

PPS SK Atas Tol yang mula dibuka jam 6.30 petang pada Sabtu sehingga kini menempatkan lapan keluarga terdiri daripada dua warga emas, tujuh kanak-kanak serta 15 lelaki dan wanita dewasa.

Dalam pada itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu berkata, keadaan semasa cuaca di Terengganu buat masa ini mendung.

Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu, paras air Sungai Nerus dekat Kampung Bukit menunjukkan bacaan 11.69 melebihi paras amaran.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!