X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Sesi persekolahan bersemuka kurangkan masalah keciciran: Mohd Radzi

Antara ciapan di Twitter oleh Dr Maszlee pada Ahad pagi mengenai kegusaran beliau dengan data keciciran pelajar sejak Mac 2020.
A
A

PENDANG - [DIKEMAS KINI] Sesi persekolahan secara bersemuka yang dilaksanakan di negeri fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berupaya mengatasi masalah keciciran pelajar dalam tempoh pandemik.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang dijalankan selama ini tidak mendekatkan pelajar dengan sistem persekolahan.

Menurutnya, oleh sebab itu pihaknya mengambil keputusan membuka semula sesi persekolahan bersemuka walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.

"Bila sekolah ditutup untuk tempoh panjang, walau PdPR dilaksanakan namun perasaan murid itu renggang dengan sistem persekolahan.

"Sebab itu, walaupun ramai kata sekolah jangan dibuka dahulu, tetapi kita sudah berbincang bahawa amat penting untuk kita buka sekolah," katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Akademi Sains Pendang di Jalan Jenun di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengenai 21,316 pelajar yang berhenti sekolah sejak Mac 2020 menerusi ciapan di Twitter pada pagi Ahad.

Mohd Radzi berkata, pelajar perlu meneruskan persekolahan secara bersemuka supaya kerajaan dapat menentukan intervensi untuk merapatkan sistem persekolahan dengan pelajar.

"Ini juga membolehkan sebarang permasalahan berkaitan pelajar dapat dikenalpasti lebih awal dan langkah pencegahan dapat diambil dengan segera," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!