X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 18 Januari 2022

Liputan internet 4G di Sarawak capai tahap 92 peratus menjelang 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa -Foto Bernama
A
A

KUCHING - Capaian liputan internet 4G di seluruh Sarawak akan meningkat ke tahap 92 peratus menjelang 2022 selepas selesainya pelaksanaan fasa 1 Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa.

Tahun depan, katanya, Sarawak akan menerima liputan internet 4G yang hampir sama dengan semua negeri di seluruh negara apabila kerajaan mempercepat proses menaik taraf prasarana dan infrastruktur jalur lebar dengan perbelanjaan mencecah RM4.09 bilion.

"Sehingga suku ketiga tahun ini, liputan 4G di Sarawak telah melebihi 83 peratus dan menjelang tahun 2022, Sarawak mesti mencapai liputan antara 91 peratus hingga 92 peratus dan jurang antara liputan di peringkat nasional yang seharusnya pada 97 peratus dapat dikurangkan," katanya dalam segmen Randau Khas bersama Menteri KKMM di SARAWAKfm, di sini.

Annuar berkata, tumpuan utama kerajaan adalah untuk menaik taraf kawasan terpencil supaya wujud keadilan dalam menyediakan akses kepada perkhidmatan internet antara kawasan luar bandar dan bandar.

Sehingga kini, sejumlah 61,414 premis daripada sasaran 73,588 premis di seluruh Sarawak sudah dilengkapi dengan internet jalur lebar tetap, sementara baki premis sedang dalam proses melengkapkan rangkaian gentian optik dengan peruntukan sebanyak RM147 juta.

Menurutnya, sejumlah 79 menara telekomunikasi baharu di Sarawak telah siap dibina manakala proses pembinaan 744 lagi di negeri ini telah bermula.

"Ia menelan perbelanjaan paling besar iaitu kira-kira RM2 bilion, dengan proses tender telah dikeluarkan dan pelaksanaannya sudah dimulakan," tambah Annuar.

Beliau juga berkata, sejumlah 1,856 stesen pemancar atau menara telekomunikasi sedia ada di Sarawak telah dinaik taraf bagi membolehkan akses terhadap liputan internet 4G melalui jalur lebar tetap manakala 204 lokasi dilengkapi dengan teknologi jalur lebar satelit. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!