X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 27 Januari 2022

DUN Kelantan lulus Bajet 2022 tanpa bahas

Sidang DUN Kelantan.
A
A

KOTA BHARU - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Ahad meluluskan Bajet 2022 tanpa bahas selepas dipersetujui sebulat suara oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Pada persidangan itu, ADUN Tawang, Datuk Hassan Mahmood memohon untuk mencadangkan pembentangan Bajet 2022 yang dibacakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada Khamis lalu.

Hassan ketika mengemukakan cadangan itu menegaskan beliau berpuas hati dengan bajet yang dibentangkan kerajaan negeri.

Cadangan Hassan itu kemudian mendapat sokongan daripada ADUN Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang turut berpuas hati selepas dua hari meneliti bajet serta ucapan yang dibentangkan Menteri Besar itu.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob menyifatkan cadangan dan sokongan itu bukan sebagai perbahasan.

Oleh demikian, Abdullah menegaskan, tiada perbahasan dan penggulungan akan dibuat oleh pihak kerajaan mengenai bajet tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!