'Rakyat Johor tetap bangga dengan JDT walaupun kalah'

Penyokong JDT membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan itu pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 pada 30 November lepas. - Foto Bernama
Penyokong JDT membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan itu pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 pada 30 November lepas. - Foto Bernama
A
A
A

RAKYAT Johor tetap bangga dengan pencapaian pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) walaupun gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi lapan tahun berturut-turut dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada 30 November lalu.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, meskipun tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur City (KL City), pihaknya terbuka kerana memahami perlawanan pasti ada kalah dan menang.

"Walaupun tidak berjaya, ada Menteri Besar seorang itu tidak perlulah nak bising-bising. JDT ini tidak terasa apa pun kerana bola itu bulat, boleh menang dan boleh kalah. Tidak perlulah si polan itu nak berbesar hati kerana JDT tidak berjaya dalam perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini.

"Tapi kita orang Johor tetap berbangga dengan JDT, ia tetap menjadi satu pasukan yang ulung dalam negara. Selalunya bila JDT main, satu negara akan sokong yang lawan JDT.

"Jadi kita bukan lawan KL City tapi kita lawan Malaysia," katanya sambil berseloroh ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kebun Bandar di pekarangan Masjid Taman Impian Emas di Johor Bahru pada Ahad.

Pada 1 Disember lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai apabila video pantunnya mengaitkan kekalahan JDT dalam final Piala Malaysia tular dalam media sosial.

Artikel Berkaitan: