X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

KBS rekrut 10,000 Sukarelawan Belia Nasional tahun hadapan

Ahmad Faizal (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Ikon Sukarelawan Lelaki kepada Fauzi sempena Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Peringkat Kebangsaan di Hotel [email protected], di sini pada Ahad.
A
A

IPOH - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melahirkan 10,000 sukarelawan menerusi inisiatif Sukarelawan Belia Nasional (Bena) mulai tahun hadapan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, inisiatif baharu yang diperkenalkan itu akan melibatkan alumni atau bekas peserta program KBS yang akan diberikan latihan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan mereka dalam memperkasa komuniti.

Menurutnya, selaku Duta Sukarelawan, peserta Bena akan menggerakkan kerja kesukarelawanan pasca bencana serta pengurusan acara dan sukan di peringkat komuniti setempat.

"Peserta Bena ini akan dilatih bagi membantu memperkasa komuniti terutama dalam membantu menangani masalah kesihatan mental, masalah sosial dan membantu meningkatkan sosio ekonomi masyarakat di peringkat akar umbi.

"Untuk proses latihan memperoleh kemahiran baharu dan mengasah kemahiran sedia ada (upskilling and reskilling) ini, kita letakkan sasaran seramai 10,000 orang (peserta Bena) pada peringkat permulaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Peringkat Kebangsaan di Hotel [email protected], di sini pada Ahad.

Hadir sama pada majlis itu, Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Ramona Mohd Razali dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Dr Wasitah Mohd Yusof.

Sementara itu, pada majlis sama turut disampaikan beberapa anugerah dan hadiah pertandingan kepada pemenang.

Ikon Sukarelawan Lelaki dianugerahkan kepada Fauzi Acho manakala Ikon Sukarelawan Wanita menjadi milik aPuteri Seri Mawar Megat Abdul Rahmani selain Nermesh Singh yang dinobat sebagai penerima Anugerah Khas Sukarelawan 2021.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!