JPP Sabah selesaikan 85 peratus aduan awam

Bung Moktar menyampaikan sijil kepada kakitangan JPP Sabah, pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2020 di Kota Kinabalu.
Bung Moktar menyampaikan sijil kepada kakitangan JPP Sabah, pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2020 di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) Sabah berjaya menyelesaikan 85 peratus aduan awam manakala bakinya sedang dalam proses untuk diselesaikan.

Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sebanyak 877 aduan awam diterima JPP Sabah sehingga Disember tahun ini.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 85 peratus aduan awam telah berjaya diselesaikan manakala bakinya sedang dalam proses.

"Diharap warga kerja JPP Sabah dapat menggandakan usaha dan komitmen untuk memantapkan lagi operasi pembetungan di Sabah agar lebih lancar dan terurus sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2020, di sini, pada malam Sabtu.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri memaklumkan, antara punca yang turut menyumbang kepada masalah sistem pembetungan sehingga menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan lebih efisen kerana terdapat beberapa aset pembetungan yang sudah uzur.

"Sistem pembetungan di Sabah sangat uzur dan ada sebahagiannya tidak berfungsi sepenuhnya memerlukan dana untuk dipulihkan dan dinaik taraf bagi memastikan ia dapat berfungsi seperti yang dirancang,'' katanya.

Artikel Berkaitan: