Ugut bunuh pekerja restoran, warga emas ditahan

Muhammad Idzam Jaafar
Muhammad Idzam Jaafar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas yang mengugut untuk membunuh pekerja restoran di Taman Cheras di sini, telah ditahan polis pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, suspek berusia 62 tahun, ditahan di bilik sewanya di atas restoran berkenaan.

"Suspek telah direman selama tiga hari bermula Ahad hingga Selasa," katanya melalui kenyataan.

Muhammad Idzam berkata, suspek bekerja sebagai seorang tukang masak di sebuah restoran lain di Jalan Kaskas Cheras.

"Suspek tinggal di bilik sewa tersebut sejak beberapa bulan lalu dengan bayaran sewa RM400 sebulan," katanya.

Media pada Sabtu melaporkan seorang lelaki disyaki bertindak sedemikian selepas berang ditegur membuang air dan sampah dari tingkat atas kediaman sehingga terkena sebuah restoran di bawah.

Dalam kejadian 7 pagi itu, suspek didakwa mengugut pekerja lelaki itu sambil memegang pisau pemotong sayur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: