1,022 OKU terlantar belum disuntik vaksin

Dr Izani Husin
Dr Izani Husin
A
A
A

KOTA BHARU - Sejumlah 1,022 orang kurang upaya (OKU) terlantar di negeri ini masih belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, daripada jumlah itu seramai 297 OKU gagal dihubungi untuk mendapatkan proses suntikan tersebut.

"145 enggan atau tidak mampu untuk membuat keputusan, sementara 32 lagi sedang menunggu giliran untuk divaksinasi," katanya selepas menjawab soalan bertulis yang dikirim oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tendong pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Ahad.

Menurutnya, bagaimanapun 2,870 daripada 3,892 OKU di negeri ini sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Artikel Berkaitan: