X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Jalan utama Tanah Tinggi Lojing-Cameron Highlands selamat digunakan

Pihak polis sentiasa membuat pemerhatian terutamanya melibatkan cerun-cerun yang tinggi di sebelah Lojing dan sekitarnya. - Foto Astro Awani
A
A

GUA MUSANG - Jalan utama menghubungkan Tanah Tinggi Lojing di sini dengan Cameron Highlands di Pahang masih selamat digunakan semua kenderaan pada musim tengkujuh ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, agensi berkaitan giat memantau kawasan cerun yang berisiko mengalami kejadian tanah runtuh, bagi mengelak insiden tidak diingini.

Katanya, setakat ini, anggotanya turut membuat rondaan di kawasan Lojing bagi memastikan tahap keselamatan pengguna jalan itu.

"Pihak polis sentiasa membuat pemerhatian terutamanya melibatkan cerun-cerun yang tinggi di sebelah Lojing dan sekitarnya.

"Polis juga memerlukan bantuan daripada orang awam dan penduduk sekitar, sekiranya mengesan runtuhan tebing terutamanya, silalah maklum kepada pihak polis dengan kadar segera.

"Ia supaya kita boleh maklumkan kepada pihak berkenaan untuk ambil tindakan pemulihan atau penutupan jalan.

"Setakat ini, di daerah Lojing, cerun-cerun yang menunjukkan kelonggaran struktur tanah tersebut buat masa ini, masih belum terkesan," katanya.

Awal tahun ini, laluan di Kilometer 92 Jalan Gua Musang-Lojing mengalami kerosakan dalam kejadian tanah runtuh sehingga struktur jalannya terputus.

Bagaimanapun, ia kemudiannya dibaik pulih Jabatan Kerja Raya (JKR) dan dibuka kepada semua kenderaan untuk perjalanan ke Cameron Highlands atau Ipoh, Perak. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!