Klopp tabik persembahan luar biasa Origi

Divock Origi (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux. - Foto AFP
Divock Origi (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan Divock Origi sebagai 'penyudah yang luar biasa' selepas penyerang itu keluar dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol pada masa kecederaan dan memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Wolverhampton Wanderers pada Sabtu.

Jaringan tersebut merupakan gol ke-21 Liga Perdana buat Origi untuk Liverpool, yang mana hampir separuh daripadanya dijaringkan sebagai pemain gantian.

Menurut Klopp, dia bertuah kerana mempunyai pemain seperti Origi yang mampu memberi impak pada lewat permainan.

“Dia seorang penyudah yang luar biasa, jika kita tidak kenalnya di Liverpool, siapa yang patut mengenalinya?

"Kami kerap melihat impak yang dilakukan Origi pada lewat permainan. Di Liverpool agak sukar untuk mendapatkan 500 minit permainan seminggu dalam pasukan ini kerana kami mempunyai ramai pemain. Tetapi Divock Origi adalah pemain bola sepak yang luar biasa.

"Dia hebat, pada saat-saat ini dia tidak memerlukan banyak masa untuk mencari permainan, dan terutama dalam perlawanan hari ini. Ia adalah permainannya. Menang pada minit ke-95 adalah hebat, tetapi apabila Origi menjaringkan gol itu menjadikannya lebih baik," kata Klopp.

9
9

Pada perlawanan tersebut, Origi berjaya memecahkan pertahanan Wolves apabila menyudahkan hantaran Mohamed Salah sekali gus meletakkan Liverpool di puncak liga sebelum tempat itu diganti oleh Manchester City.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, penyerang Belgium berusia 26 tahun itu sering kali berjaya menjaringkan gol pada perlawanan penting termasuk ketika membantu Liverpool menang Liga Juara-Juara ke atas Tottenham Hotspur pada 2019.

Namun kekurangan minit permainan menyebabkan peminat mempersoalkan sama ada dia mungkin berpindah ke pasukan lain.

"Pasukan ini cemerlang dan jika anda adalah pemain yang memakai nombor jersi 12, 13 atau 14 anda mesti cemerlang dan Origi salah satu daripadanya.

"Saya sangat gembira kerana dia masih di sini. Saya tidak sangka ia berlaku (untuk Origi pergi), tetapi saya tidak akan terkejut.

“Dia datang ke sini pada usia sangat muda dan telah menjaringkan beberapa gol paling penting dalam sejarah kelab ini,” kata Klopp.