X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

1 maut, lebih 40 cedera dalam letusan Gunung Berapi Semeru

Seorang maut manakala lebih 40 yang lain cedera selepas Gunung Berapi Semeru di Jawa Timur, Indonesia meletus pada Sabtu. - Foto AP
A
A

JAKARTA - Seorang maut manakala lebih 40 yang lain cedera selepas Gunung Berapi Semeru di Jawa Timur, Indonesia meletus pada Sabtu.

Timbaan Ketua Daerah Lumajang, Indah Masdar berkata, mereka yang cedera ketika ini adalah seramai 41 orang yang dilapor mengalami lecur teruk.

Ujar beliau, sekurang-kurangnya 10 orang terperangkap dalam bangunan dan memerlukan bantuan helikopter untuk mengeluarkan mereka.

Usaha menyelamat oleh penduduk tempatan terganggu oleh asap tebal, tiada bekalan elektrik dan hujan semasa letusan berlaku.

Semalam, Gunung Berapi Semeru setinggi 3.6 meter di daerah Lumajang meletus dan mengeluarkan asap dan debu panas.

ARTIKEL BERKAITAN: Gunung berapi Semeru di Indonesia meletus

Malah, ia mengakibatkan hujan dan banjir di sekitar Kampung Sumberwuluh menyebabkan penduduk bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Dalam pada itu, pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk setempat supaya tidak melakukan aktiviti di sepanjang sungai di daerah itu.

Ini kerana kepulan abu meliputi jarak 500 hingga 800 meter dari pusat letusan.

Kali terakhir Gunung Semeru memuntahkan lahar sejauh 1 kilometer adalah pada 27 Ogos lalu. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!