Manchester City pintas Chelsea

Silva cemerlang ketika membantu Manchester City menewaskan Watford di Vicarage Road.
Silva cemerlang ketika membantu Manchester City menewaskan Watford di Vicarage Road.
A
A
A

PENYANDANG juara Manchester City kembali menerajui saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama musim ini selepas mengatasi Watford 3-1 di Vicarage Road.

Tandukan awal Raheem Sterling terlebih dulu meletakkan The Citizens di depan seawal minit keempat perlawanan membuka laluan kepada kemenangan skuad kendalian Pep Guardiola yang memanfaatkan sepenuhnya kekalahan pendahulu awal Chelsea 3-2 di West Ham United.

Bernardo Silva selepas itu meledak dua lagi gol untuk pelawat pada minit ke-31' dan 63' sebelum The Hornets kendalian Claudio Ranieri mengurangkan defisit gol menerusi Cucho Hernandez pada minit ke-74.

Kemenangan liga kelima berturut-turut Manchester City membolehkan kelab itu mengumpul 35 mata daripada 15 perlawanan, satu mata di depan Liverpool dan dua di hadapan Chelsea yang menyaksikan persaingan tiga penjuru musim ini.

“Ia masih permulaan, kami belum lagi separuh jalan dan ada banyak kerja keras yang perlu dilakukan.

“Ia sentiasa lebih baik untuk berada di puncak liga daripada kedua, ketiga atau keempat, tetapi ia sangat dekat - Liverpool hanya satu mata di belakang, Chelsea dua mata di belakang kami.

"Tetapi kami berada dalam prestasi yang baik dan mahu mengekalkannya," ujar Silva, yang merupakan penjaring terbanyak liga City dengan tujuh gol.

Artikel Berkaitan: