Hala tuju Muafakat Nasional sukar ditentukan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Hubungan kerjasama UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional sukar dilaksanakan di sesetengah negeri menjadikan hala tuju antara kedua-dua parti itu tidak dapat ditentukan buat masa ini.

Justeru, Persidangan UMNO Bahagian yang akan bermula pada 18 Disember depan dijangka hangat seterusnya menjadi indikator dalam meneruskan kerjasama antara kedua-dua parti itu.

Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain menjelaskan, hubungan UMNO dan Pas di peringkat Persekutuan mungkin boleh dikekalkan tapi agak bermasalah di negeri.

Mengambil contoh di Terengganu, UMNO dilihat ‘berpatah arang berkerat rotan’ dengan Pas, malah mereka bersedia untuk bergerak solo dan berlawan sesama sendiri dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Bagaimanapun, ia berbeza di Selangor apabila Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar hendak bersama Pas untuk menjatuhkan Pakatan Harapan (PH).

“Sebab itu saya percaya perbincangan dan perbahasan dalam persidangan nanti akan menjadi hangat dalam kalangan ahli cawangan dan bahagian yang kemudiannya akan membawa kepada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk menentukan sama ada UMNO kekal bersama Muafakat Nasional atau bergerak solo.

“Pendapat itu dilihat akan berbahagi kerana mereka menganggap Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai indikator kepada PRU15 akan datang tetapi perlu diingat, ini bukan bermakna Barisan Nasional akan menang seluruhnya nanti sebagaimana mereka menang dalam PRN Melaka,” katanya kepada Sinar Ahad.

Artikel Berkaitan:


Ahmad Atory
Ahmad Atory