X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Mendengar ‘rintihan dari tanah tinggi’

Laporan berita ini disiarkan dalam dua siri pada 29 dan 30 Mac 2020.
A
A

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac tahun lalu, di tambah dengan prosedur operasi standard (SOP) yang masih lemah memberikan kesulitan terutamanya melibatkan industri pertanian di Cameron Highlands.

Berkeluasan 3,988 hektar, kira-kira 70 peratus atau lebih 500 tan metrik sayur-sayuran tidak dapat dipasarkan di pasar-pasar borong dan dieksport ke Singapura.

Atas faktor itu, lahirlah karya berita bertajuk ‘Rintihan dari tanah tinggi’ yang memaparkan kerugian RM10 juta dalam tempoh 10 hari PKP.

Maklumat awal berkenaan dengan kerugian jutaan ringgit itu diterima daripada Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pengusaha Bunga-Bungaan Cameron Highlands, Wong Seng Yee.

Kerana tidak dapat bertemu atas faktor sempadan negeri ditutup dan Covid-19 yang masih misteri, segala maklumat disalurkan melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp.

Dalam tempoh 10 hari pelaksanaan PKP, kira-kira 70 peratus atau lebih 500 tan metrik sayur-sayuran tidak dapat dijual setiap hari.

Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun-Pekebun Sayur Malaysia, Chay Ee Mong, turut meluahkan rasa kecewa kepada saya dan mengharapkan laporan ini dapat mengubah nasib pekebun.

Laporan berita ini disiarkan dalam dua siri pada 29 dan 30 Mac 2020.
Laporan berita ini disiarkan dalam dua siri pada 29 dan 30 Mac 2020.

Ee Mong menjelaskan, pekebun-pekebun sayur di tanah tinggi itu mahu tidak mahu memang terpaksa menuai sayur-sayuran di ladang kerana jika tidak, sayur seperti kubis, tomato, sawi dan pak choi akan tua begitu sahaja.

Dan disebabkan tidak terjual dan rosak, sayuran-sayuran itu terpaksa dibuang sehinggakan gambar dan video penghapusan itu tular di media sosial.

Tidak hanya sayuran, pekebun buah dan bunga turut berdepan dengan situasi sama.

Laporan ini turut mendapat perhatian platform e-dagang terkenal, Lazada Malaysia di mana hasil agrotani dapat dipasarkan melalui platform berkenaan.

Natijahnya, laporan ini telah mendapat pengiktirafan pingat gangsa menerusi Laporan Berita Cemerlang pada Malam Kewartawanan Malaysia - MPI Petronas 2020 yang berlangsung pada Selasa.

Selain itu dua lagi karya yang melengkapkan kemenangan itu adalah ‘Kaya raya jadi Youtuber’ dan ‘Penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak’.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!